Tuesday, December 14, 2010

MALAPETAKA 2010!!!

MALAPETAKA 2010- PETANDA KEKUATAN ALLAH S.W.T supaya manusia kembali menyahut dan menghayati SALAM PERINGATAN

by Brigade1 Zameer Fisabilillah on Thursday, November 4, 2010 at 2:03pm


Jika pada awal bulan 10, minda anda telah digegarkan tatkala membaca salam peringatan saya melalui nota-nota saya TETAPI TAHUKAH ANDA sepanjang bulan 10 tersebut, APAKAH YANG TELAH BERLAKU DI DUNIA TEMPAT KITA BERPIJAK INI?Bencana alam dan malapetaka berlaku secara berturutan di setiap pelusuk dunia dan semakin menjadi-jadi dan semakin dahsyat sekali.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban ketika bencana alam menjengah di hadapan anda. Semoga anda mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku persekitaran anda, yang telah dibuktikan di hadapan mata anda sama ada di alam realiti,melalui dada akhbar,menerusi kaca tv di rumah anda sendiri.Ya sahabatku sekalian,inilah kuasa ALLAH s.w.t untuk menyedarkan hamba-hambanya supaya berubah. Sebelum saya memulakan berbicara secara ringkas mengenai bencana alam ini,saya ingin membawa anda mengikuti perkembangan semasa dunia mengenai perkara-perkara yang telah manusia lakukan sendiri yang lebih tepat diklasifikasikan sebagai melanggar perintah Allah s.w.t. Saya hendak membawa anda melihat sepintas lalu mengenai bencana alam yang berlaku di Asia kerana bencana yang berlaku itu semakin hebat serasi dengan hukuman Allah s.w.t terhadap mereka yang mengikari perintahnya. Kajian saya ini lebih fokus kepada situasi yang berlaku di Asia dari hari ke hari.
Sepintas lalu mengenai peristiwa yang dilakukan manusia yang telah melanggar perintah ALLAH s.w.t.

Jika sebelum ini,dunia dikejutkan dengan isu klip video lucah penyanyi Indonesia,Ariel Peterporn, Cut Tari dan Luna Maya semenjak tiga bulan lepas. Anda tahu apa yang berlaku selepas itu? Cut mengubah imej selepas sekian lama tampil dengan identiti seksi,anda perhatikanlah sendiri,apakah pakaian tudung yang dikenakan oleh Cut? Dia tidak memakai tudung seperti yang disarankan oleh Allah s.w.t iaitu menutupi seluruh tubuh tetapi dia hanya mengenakan tudung di akhir zaman? Mengapa sampai sebegitu sekali?Alangkah baiknya dia berpakaian yang menutupi dada?Ya,lihatlah sekeliling anda,patutulah semakin hari,semakin banyak bencana alam yang berlaku di dunia ini kerana itu merupakan malapetaka yang Allah s.w.t turunkan supaya mereka sedar bahawa mereka perlu berubah dan berpakaian menutup aurat seperti Allah s.w.t perintahkan melalui ayat-ayat suci Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu lagi

7/10/2010 Sehingga kini,masih ada pengikut ajaran sesat di Indonesia.Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) menggesa pengikut ajaran Ahmadiyah(Qadiani) supaya jangan lagi mendakwa diri mereka sebagai penganut Islam.Umat Islam di serata dunia tidak mengiktiraf ajaran Ahmadiyah yang tidak mengaku Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir.

9/10/2010 Polis menahan seorang bekas editor majalah Playboy Indonesia yang dihukum penjara kerana melanggar undang-undang ketidaksopanan Negara Indonesia.

Pada 11/10/2010 Bintang filem dan model jelita Indonesia, Catherine Wilson, ternyata tidak keberatan malah berjanji memberikan persembahan terbaik apabila dipadankan dengan pelakon filem lucah Amerika Syarikat, Tera Patrick, dalam penampilan terbarunya tidak lama lagi.Filem seram yang sarat dengan gimik seksi lain kali ini berlakon filem seram berjudul Rintihan Kuntilanak Perawan.Bantahan kehadiran Patrick sudah disuarakan Barisan Pembela Islam(FPI) yang menyifatkan jemputan akstres itu oleh produser filem berdarah India itu sebagai sangat keterlaluan.“FPI menolak keras.Mereka harap dengan filem itu, masyarakat Indonesia, khususnya umat Islam akan mengikut nafsu kebinatangan,”kata pemimpin FPI Unit Nahi Mungkar.

Pada bulan lepas juga berlaku isu ini, penyanyi dangdut Aida Saskia mencari publisiti dengan kecoh mendakwa keperawanannya berakhir di tangan Zainuddin MZ, pendakwah terkenal digelar pendakwah sejuta umat. Zainuddin dilaporkan bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah menyentuh,apa lagi memperkosa penyanyi dangdut Indonesia iaitu Aida Saskia.Inilah yang dikatakan tuduhan dan fitnah umat akhir zaman.

Ini baru kisah-kisah yang saya bawakan secara ringkas kepada anda semua mengenai Indonesia. Bagaimana pula di Malaysia? Malaysia juga telah banyak berlaku maksiat,gaya artis yang berpakaian seksi,dan Malaysia juga turut mengalami pelbagai kes-kes jenayah? Perlukah saya memberitahunya dengan lebih terperinci? Lihatlah berita di kaca tv anda setiap hari, jenayah makin berleluasa di seluruh dunia. Secara jelasnya memaparkan bahwa manusia di akhir zaman gembira memainkan perwatakan umat akhir zaman.Semua tindakan yang berlaku persekitaran anda merupakan perlakuan amalan jahiliah moden yang lebih parah daripada jahiliah di zaman Rasulullah s.a.w. Justeru, tidak mustahil mereka semua (penduduk bumi) akan ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti yang ditegaskan baginda Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud: "Umatku ini adalah umat yang disayangi Allah, sepatutnya ia tidak ditimpa azab pada hari Kiamat, tetapi di dunia lagi mereka ditimpakan dengan empat perkara : Berlaku fitnah-fitnah yang banyak, gempa bumi, kematian/pembunuhan berlaku di mana-mana dan bala-bala daripada Allah S.W.T." (Hadis riwayat Sa'id al-Khudri)



Sepintas lalu mengenai BENCANA ALAM yang berlaku di setiap pelusuk dunia baru-baru ini
Malapetaka muncul dalam pelbagai fenomena melanda setiap pelusuk dunia
Banjir kilat,
Taufan,
Jerebu,
Gempa bumi,
Tsunami dan lain-lain….
Bencana itu melanda setiap pelusuk dunia....
Indonesia,
Malaysia,
Singapura,
China,
Filipina,
Thailand dan lain-lain…

Pada 7/10/2010 Banjir di bahagian tengah Vietnam semakin buruk dengan jumlah korban kini mencecah 140 orang,sementara banjir di selatan China pula memaksa 130,000 penduduk berpindah.

Pada 12/10/2010 Banjir kilat melanda Papua Barat yang mengorbankan 148 nyawa.Ada yang mengatakan kejadian itu berpunca akibat penebangan hutan secara berleluasa dan berlaku tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan lebat turun mencurah-curah.

Pada 16/10/2010 Jerebu melanda pantai barat Semenanjung Malaysia.

Pada 17/10/2010 terdapat 351 tempat dilaporkan berlaku kebakaran di Sumatera.Ada yang mengatakan asap itu berpunca dari kebakaran di Sumatera yang bertujuan untuk perkebunan dan perladangan.

Pada 17/10/2010 juga berlaku Taufan membawa angin selaju 225 kilometer sejam melanda utara Filipina. Taufan ini dikenali sebagai taufan Megi memusnahkan hampir 100,000 hektar tanaman padi dan jagung.Taufan ini meragut 30 nyawa di Filipina.Banyak kawasan di utara Luzon, pulau utama di Filipina masih terputus bekalan elektrik dan talian telefon.

Pada 19/10/2010 Taufan Megi merupakan taufan paling kuat dalam sejarah dan menghala ke selatan China.Hampir 160,000 terpaksa dipindahkan.Pentadbiran Lautan Negara mengeluarkan amaran kuning dengan menyatakan Megi akan mencetuskan kemusnahan besar dalam tempoh 50 tahun jika mula membadai dengan kekuatan tertinggi. Masihkah anda ingat pada 31/7/2010, China dilanda hujan lebat berterusan dan berlaku tanah runtuh dan lumpur menimbus 58 rumah.Nilai kerugian akibat banjir mencecah RM70 bilion.Lebih 20 sungai mengalami peningkatan paras air ketara sehingga melebihi tahap berjaga-jaga. Banjir 31/7/2010 menyebabkan lebih 800 orang terbunuh dan 400,000 orang lagi terperangkap di perkampungan terpencil.Banjir ini dianggap terburuk pernah berlaku sejak 1929.

Pada 20/10/2010 Banjir buruk melanda Thailand sehingga dianggarkan satu perempat Thailand ditengelami air.Hujan yang berlaku itu merupakan hujan dua kali lebih lebat berbanding tahun lepas.

Pada 22/10/2010 bomba Indonesia menghantar beratus-ratus anggota bomba untuk menangani kebakaran di Sumatera yang menyebabkan Singapura dan Malaysia diselebungi jerebu.

Pada 25/10/2010, Indonesia dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di Sumatera, sekali gus mencetuskan tsunami.Sistem amaran bernilai berjuta-juta dolar yang dipasang selepas tragedi tsunami 2004 rosak sebulan yang lalu akibat tidak diselenggara dengan betul.

Pada 26/10/2010, Gunung Merapi di Balerante, Jawa Tengah menyemburkan awan panas dan menurunkan hujan abu volkanik bersuhu 600 darjah Celsius. Debu gunung itu tersebar sehingga ke Ciamis iaitu kira-kira 300 kilometer dari Merapi.


Pada 28/10/2010, bencana tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai dan mencipta ombak besar setinggi tiga meter dilapor melenyapkan beberapa kampung dan mengorbankan hampir 300 nyawa manakala angka korban angkara gunung berapi Merapi mencecah puluhan orang. Merapi meletus buat kali kedua dengan menyemburkan awan panas abu volkanik sehingga 3500 meter ke udara dan meluahkan abu volkanik bersuhu 600 darjah Celsius.

Pada 30/10/2010, Perlis dilanda puting beliung menyebabkan 100 rumah rosak di Kangar akibat dipukul ribut.

Pada 2/10/2010 Banjir melanda empat negeri di Malaysia iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Banjir di Kedah bertambah buruk apabila seramai 14,818 penduduk membabitkan 4,188 keluarga di empat daerah di negeri itu iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar dipindahkan ke 87 pusat penempatan apabila rumah mereka dinaiki air sedalam antara satu dan lebih dua meter berikutan hujan lebat sejak Sabtu lalu.

Masihkah anda ingat tsunami yang melanda wilayah Acheh di Indonesia?gempa bumi kuat berukuran 9.1 pada skala Richter pada 26 Disember 2004 mencetus tsunami besar.Tsunami itu yang turut melanda 12 negara lain di sekitar Lautan Hindi yang meragut 230,000 nyawa dengan kira-kira separuh daripadanya di Indonesia.

Mei 2008,ASEAN dikejutkan pula dengan kejadian Taufan Nargis yang melanda Myanmar. Dengan sekelip mata memusnahkan segala apa yang ada di depannya sehingga mengorbankan lebih 150,000 nyawa.

2009, Taufan Ketsana melanda utara Filipina. Ribut tersebut telah menyebabkan hujan lebat dalam tempoh 12 jam di Manila yang kemudian mengakibatkan banjir terburuk dalam sejarah Negara itu dalam tempoh empat dekad.Korban akibat rebut itu mencecah 500 orang dan hampir 2.2 juta penduduk Negara itu terjejas teruk. Setelah membadai Filipina, rebut tropika Ketsana turut memusnahkan kehidupan penduduk di Vietnam, Kemboja dan Laos. Dianggarkan lebih 3 juta mangsa banjir akibat taufan Ketsana di seluruh Asia Tenggara terperangkap dan terjejas kehidupan mereka akibat kejadian itu.

Masihkah anda ingat Letusan gunung berapi Krakatoa? Apabila Krakatoa meletup pada Ogos 1883, ia menyamai kuasa bom atom. Letusan dapat didengar sehingga beribu kilometer, menggegarkan seluruh Lautan Pasifik, menyebabkan seluruh ‘pulau Krakatau’ tenggelam dan turut membawa bersama 100 pulau sekitarnya. Bencana itu membunuh 36,000 orang, kebanyakannya disebabkan tsunami. Debu letusan sampai hingga ke New York, menyebabkan penurunan suhu seluruh dunia untuk tempoh hingga setahun. Kini, Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda sudah mula mengeluarkan gas beracun dan batu seolah-olah menandakan bakal berlaku letusan yang lebih dasyat pada masa akan datang. Kini selepas hampir 130 tahun kejadian itu berlaku, Anak Krakatau semakin aktif dan membesar dengan pertumbuhannya sekitar 20 inci sebulan menjadikannya lebih tinggi sekitar 20 kaki dan lebih lebar 40 kaki dalam setahun.ADAKAH KEJADIAN INI BAKAL BERULANG KEMBALI?TIDAK MUSTAHIL DENGAN KEIZINAN ALLAH S.W.T.

Nampaknya, apa yang saya telah peringatkan kembali kepada anda mengenai pada akhir zaman, “kesemua teknologi bakal musnah,semakin hari semakin jelas di hadapan mata anda”. Teknologi itu musnah dan tenggelam bersama bencana alam,sama ada banjir,letusan gunung berapi,tsunami,ribut taufan dan malapetaka lain yang seangkatan dengannya.


Pada 2/11/2010, Gunung Merapi memaksa syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa, AirAsia dan SilkAir membatalkan penerbangan ke lapangan-lapangan terbang berdekatan, sementara lahar terus menerangi kawah gunung berapi itu dan kepulan asap hitam memenuhi udara.Saintis memberi amaran, letusan mungkin berterusan selama berminggu-minggu lagi, umpama 'larian maraton dan bukan seperti larian pecut'.Merapi, antara 22 gunung berapi aktif yang kini dipantau rapi, telah menyebabkan 38 orang maut sejak mula meletus seminggu lalu, sehingga memaksa dua lapangan terbang berdekatan ditutup sementara.

Banjir buruk di selatan Thai sudah pun meragut lebih 100 nyawa di seluruh negara ini sejak 10 Oktober lepas dan bencana yang merebak itu menimbulkan kebimbangan ramai lagi akan terkorban.Paras air yang meningkat mula menenggelami Hatyai, sebuah bandar 150,000 penduduk di wilayah Songkhla, selatan Thai, malam tadi selepas hujan lebat selama beberapa hari, menjejaskan kehidupan puluhan ribu penduduk, termasuk pelancong asing. Hampir enam juta penduduk di seluruh Thailand terjejas akibat banjir dalam tempoh tiga minggu lalu, apabila rumah mereka ditenggelami air dan tanaman serta ternakan mereka musnah.Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva menyifatkan banjir tersebut sebagai 'malapetaka yang sangat besar, sistem komunikasi terputus dan jalan terputus, paras air sangat tinggi dan belum menunjukkan tanda akan surut’.

Sepintas lalu mengenai BENCANA DI INDONESIA

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, lokasi terletaknya pertemuan lapisan-lapisan benua yang menyebabkan kekerapan berlaku aktiviti seismik dan gunung berapi. Gunung Merapi setinggi 2,914 meter yang terletak 400 kilometer di timur Jakarta adalah gunung berapi paling aktif daripada 69 gunung berapi yang mempunyai sejarah letusan di Indonesia. Namun hakikatnya kejadian letusan Gunung Merapi ini hanya sekelumit kejadian alam memandangkan terdapat 129 gunung berapi yang aktif bertaburan merentasi 17,500 buah pulau di republik itu dan mudah meletus serta dilanda gempa bumi kerana lokasinya yang terletak di dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik.


Merapi muntahkan lebih banyak asap dan debu>>>Gunung berapi paling aktif Indonesia yang meragut sekurang-kurangnya 36 nyawa minggu lalu memuntahkan lebih banyak asap dan debu semalam, sekali gus mencetuskan suasana cemas di kalangan penduduk tempatan.Banjir abu setebal dua meter berlaku serta-merta.
Debu-debu volkanik>>>Selain orang ramai, wartawan Yuniawan merupakan salah seorang yang menjadi mangsa korban Merapi. Sejak beberapa hari lalu, awan panas dan debu-debu vulkanik dimuntahkan gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, yang memaksa ribuan penduduk yang tinggal di lereng-lereng gunung itu berpindah mencari tempat perlindungan. Merapi menyembur awan panas abu volkanik sehingga 1,500 meter dan kesan abunya sampai sehingga ke Ciamis, Jawa Tengah, yang terletak 300 kilometer jauhnya.Ia menurunkan hujan abu volkanik bersuhu 600 darjah Celsius di kawasan gunung berapi teraktif di dunia yang berusia 400,000 tahun itu dan memusnahkan beberapa perkampungan di kaki gunung tersebut.Mangsa-mangsa yang terkorban akibat terkena debu panas dikebumikan secara beramai-ramai di dua tempat berasingan.

Muntahan awan panas>>>Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa mereka ada terbau belerang yang sangat kuat sebelum letusan gunung berapi itu berlaku.Pada tahun 1994, letusan Gunung Merapi lebih dahsyat berbanding tahun 2006 apabila ia mengakibatkan 60 orang maut.
Pada tahun 1930, ia telah mengorbankan 1,300 orang manakala lebih satu dozen perkampungan musnah.

Debu gunung berapi boleh sampai ke India>>>Aktiviti seismik di gunung Merapi, Indonesia mungkin mencetuskan letusan dahsyat dan debunya diramal boleh sampai ke India, kata seorang pakar, di sini. Ia boleh mengulangi kejadian seperti di Eropah selepas letusan gunung berapi di Iceland menyaksikan debunya tersebar ke banyak kawasan Eropah. Pusat Pemantauan Gunung Berapi Merapi meramalkan satu letupan besar yang mungkin menghapuskan apa jua dalam laluannya dan justeru, industri penerbangan perlu memerhati rapat gunung berapi terbabit. Aliran lahar bukan satu kebimbangan utama, namun gunung berapi itu biasanya memuntahkan bertan-tan kepulan asap debu yang boleh sampai ke India, kata Dr D Chandrasekharam, Profesor Jabatan Sains Bumi, IIT-B dan Lembaga Pengarah Persatuan Geoterma Antarabangsa semalam. “Ledakan amat besar ialah ketika gunung itu secara asasnya meletup. Letusan dahsyat dunia berlaku sebelum ini ialah gunung Vesuvius yang menimbus bandar Pompeii dan Herculaneum; St Helens di Washington; Hekla di Iceland dan gunung berapi Pinatubo, Filipina,” katanya.

21 gunung lagi dikhuatiri meletus>>>Indonesia pada masa ini bukan saja memantau Merapi yang memuntahkan gas dan debu panas semalam tetapi juga 21 gunung berapi lain yang menunjukkan tanda-tanda semakin aktif termasuk Galunggung, Dempo, Sinabung dan Anak Krakatau.Merapi adalah antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Letusannya menyebabkan 38 kematian sejak seminggu lalu. Lebih 69,000 penduduk sudah dipindahkan daripada kaki gunung itu yang kini diselaputi debu.Kejadian letupan gunung berapi dan gempa bumi itu yang berlaku selang 24 jam menyebabkan timbul persoalan kemungkinan kedua-duanya mempunyai kaitan. Sehubungan itu, kerajaan Indonesia meningkatkan tahap berjaga-jaga terhadap 21 gunung berapi lain yang kebanyakannya menunjukkan peningkatan dalam aktiviti, bergegar dan mengeluarkan asap hitam tebal.

Ombak tsunami>> Tsunami setinggi tiga meter melanda pulau-pulau Mentawai dekat barat Sumatera.Tsunami itu berlaku akibat gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter. Bagaimanapun, air minuman bersih masih sukar untuk diperoleh dan risiko untuk mendapat penyakit kian tinggi. Sekurang-kurangnya 113 terbunuh, manakala kira-kira 500 lagi, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, masih hilang apabila tsunami melanda kampung-kampung tepi pantai berikutan gempa bumi kuat dekat Sumatera Barat.

Dua bencana berlaku berturutan>>> Pada 25/10/2010 berlaku gempa bumi sekuat 7.7 magnitud mencetuskan tsunami kemudian disusuli pada 26/10/2010 iaitu gunung Merapi setinggi 2,914 meter meletup. Bencana tsunami dan gunung berapi itu berlaku di sepanjang Lingkaran Api Pasifik yang sentiasa terdedah kepada kejadian gempa bumi dan aktiviti berkaitannya.

No comments:

Post a Comment